Sunday 17 July 2011

JIKA DAN KETIKA

*Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia...
...Allah tahu betapa kuat engkau telah berusaha.

*Ketika kau sedang menangis sekian lama dan hatimu masih terasa luka...
...Allah sedang menghitung air mata mu.

*Ketika kau bersendirian...
...Allah sentiasa berada di sampingmu.

*Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tak masuk akal dan kau berasa tertekan...
...Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

*Ketika segalanya sesuatu berjalan dengan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur...
...Allah telah pun memberkatimu.

*Oleh itu,ingatlah bahawa dimana kita berada...
...Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disamping kita.

No comments: